Jom Klik!

30 May, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO MAKIDAH :



HAPPY BIRTHDAY TO YOUUU...
HAPPY BIRTHDAY TO YOUUUUUUU....
HAPPY BIRTHDAY TO MAK IDAHHHHH....
HAPPY BIRTHDAY TO YOUUUUUUUUUUUU.....
HOREYYY!!!!!!......

SEMOGA ALLAH SWT SENTIASA MERAHMATI MAKIDAH DENGAN KEIMANAN DAN AMAL2 SOLEH SERTA UMUR DAN REZEKI YANG PENUH KEBERKATAN, AMIIN YA ROBBALA'LAMIIN

26 May, 2010

AL-FATIHAH KEPADA ARWAH PAK JIS....










Daripada lynn :
Salam, utk makluman semua, hari ini 26.5.2010, genap arwah encik Lin 3 tahun pulang ke Rahmatullah. Harap dpt disedekahkan fatihah untuknya, Amin.

p/s : AL- FATIHAH . Semuga roh arwah pakjis dan semua ahli2 KHN yang telah kembali ke rahmatullah sentiasa dirahmati Allah swt dengan keampunan dan ditempatkan bersama roh ahli2 syurga yang lain...amiin. TQVM lynn for informing us...arwah encik lynn was one of the bestttttt uncle yang tiada galang ganti nya..remembering him make us miss him n all the sweet memories dengan him so much....

22 May, 2010

KHUTBAH TERAKHIR NABI SAW....BACALAH....

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

Wahai Manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, Sembahlah Allah, Dirikanlah solat lima kali sehari, Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah ( Hajjatul Wada' )Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.)

selamat ke ipta....

ASSALAMUALAIKUM WRT WBTH KEPADA SEMUA AHLI2 KHN....SEMUGA SEMUANYA SENTIASA DALAM RAHMAT ALLAH SWT TAK KIRA DI MANA JUA BERADA...

MEWAKILI SEMUA AHLI2 KHN, KITA UCAPKAN TAHNIAH KEPADA SEMUA SEDARA-MARA KITA YANG BARU TERPILIH UNTUK MENERUSKAN STUDY KE IPT2...KEPADA MEREKA DAN YANG TELAHPUN MELANJUTKAN STUDY KE MANA2 JUA IPTAs....KITA SAMA2 DOAKAN SEMOGA DIAORANG TERUS BERJAYA DAN BERJAYA DAN BERJAYA DGN CEMERLANG DALAM JURUSAN MASING2....AMIIN YA ROBBALA'LAMIIN....

MEREKA2 YANG DICALONKAN IALAH......


( SYASYA..PUSAT MATRIKULASI KUALA PILAH )


( AIN..KE UITM ARAU...)


( LUQMAN...PUSAT ASASI SAINS UITM PUNCAK ALAM....)



(FATIN NORATIQAH...KOLEJ MATRIKULASI ARAU,PERLIS)

01 May, 2010

assignment KHN...

Assalamualaikum wrt wbth semua ahli2 KHNs....

sesapa or ada ahli keluarga yang sambut besday in May ni...email kan tarikh lahir n kalo boleh gambar sekali ke keluargahajahnoor@gmail.com agar dapat kita publishkan dalam blog khn kita....mudah2an dapat kita saling wish mengewish...doa mendoakan sesama kita...hadiah tak janji....ehehehehehe....yang pentingkan kerjasamaaaaaaa.... brrrrrrrrrrrrrrrrrrr.....

Ahli KHN yang akan menyambut besday bulan ni...



Our beloved bendahari Mak Idah on 3oth May...




Luqman Hakim bin Hashim..(anak Lina)...on 31st May....

ahli KHN yang menyambut hari lahir hari ini..01.05.08...



Asri ( suami Nurin Paktan )...yg keberapa tahun?..ni kena tanya tuan badan..ehehehe...Semuga beliau n kita semua sentiasa dalam rahmat Allah swt,amiin....