Jom Klik!

21 March, 2010

Cucu Makngah yang ke-28

Memperkenalkan, Qaireena Sofea Muhd.Farid



Alhamdulillah, setelah 4 anak lelaki yang comel-comel, lahirlah Qaireena yang diidamkan. Amboi, dengar cerita, mama dan papanya sampai tak tanya doktor akan jantina baby masa dalam perut dulu. Tapi mereka sebenarnya tak kisah baby girl atau boy sebab abangku itu kata kalau boleh dia nak anak sampai boleh buat team bola, haihhh..kesian akak iparku Noreen itu, hihih....


My next baby? Raha juga akan terima ketentuan yang telah ditetapkan Allah s.w.t, jika ditentukan bahawa anak Raha yang sorang tu tak beradik, syukur juga kerana diberikan rezeki yang tak ternilai... alhamdulillah....
Arif Fitri di Beijing, Mac 2010

Total Life Changes (TLC)

Salam saudara-saudari sekalian,

Buat pengatahuan kalian samua, Totallifechanges(TLC) ialah sebuah peluang perniagaan yang baru bertapak di Malaysia. Ia baru sahaje bertapak di Malaysia selama beberapa bulan dan ia telah mengubah 360 darjah rutin kehidupan saya yang selama ini hidup dalam kekurangan wang. Peluang seperti ini datang beberapa tahun sekali. TLC agak menakjubkan. . Saya boleh rasakan dalam masa yg singkat ia akan menjadi wadah paling popular untuk mencari pendapatan sampingan oleh yg memerlukan.

TLC bukanlah skim cepat kaya. Ia adalah MLM sejati. Memerlukan masa dan tenaga untuk berjaya. Tiada istilah 4D (Duduk Diam Dapat Duit). Tiada istilah jalan singkat. Bagi ahli yg ada istilah tersebut dalam minda, kegagalan sedang gembira menunggu mereka di hadapan. Yang ada ialah istilah kerja kuat,kejayaan kekal dan jangkapanjang,kesabaran dan ketabahan. Bagi ahli yg ada sifat tersebut, kejayaan sedang menunggu mereka selewat-lewatnya menjelang Hariraya tahun ini. Bagi yg merasakan hariraya tak lama lagi , itu petanda mereka akan berjaya kerana mereka adalah dari golongan yg sabar dan berfikiran ke hadapan. Insyaallah. Bagi yg lemah semangat apabila membaca ayat saya tadi, itu petanda kegagalan kerana mereka ada sifat nak kaya cepat dan berfikiran mundur. Insyaallah !


Apakah perkara yg mendorong anda menyertai TLC ? Jika anda bayangkan sebuah BMW dan sebuah banglo , dorongan tersebut belum cukup kuat untuk menjadi "bahan bakar" yg akan mendorong anda ke puncak kejayaan. Dorongan yg paling kuat adalah wajah anak-anak dan isteri anda menjelang Hariraya 2010. Bayangkan situasi ekonomi anda 8 bulan ke depan. Apakah cara yg dapat memberikan anda lonjakan ekonomi apabila tibanya waktu itu? Apakah yg boleh diberikan kepada orang tersayang jika anda menerima RM 50,000 atau RM 100,000 menjelang Hariraya?


TLC adalah alternative kepada mereka yg inginkan pendapatan tambahan. Jika anda di berikan pilihan utk kerja di Stesen minyak selepas waktu kerja utk mencari pendapatan tambahan dgn gaji tetap setiap bulan dan waktu bekerja 5 jam sehari ATAU bekerja di rumah 1-2 jam sehari di depan computer dan mendapat pendapatan yg semakin meningkat bulan demi bulan malahan dapat bersama-sama anak iseri,yg mana satu anda pilih ? Oleh itu jgn terus melenting apabila di tahun pertama usaha anda bersama TLC masih gagal memberikan sebuah BMW yg di impikan. Kekayaan adalah perkara ke-2 tetapi kesejahteraan dan kelapangan minda dari urusan hutang-piutang adalah perkara paling penting untuk anda dapatkan sebagai matlamat pertama. Matlamat kedua akan datang dengan sendiri !


Tujuan utama saya menulis kali ini ialah kerana saya ingin mengajak anda semua kerja secara satu pasukan bersama saya. Saya berpendapat adalah satu kerugian yg amat besar apabila tidak menggunakan sepenuhnya potensi "pakar-pakar" yg telah menjadi keluarga TLC terutamanya yg duduk di dalam group saya. Tuhan mengajar kita hidup sebagai satu pasukan. Otak akan dibantu oleh kaki, tangan, mata , hidung dan mulut barulah seorang manusia dapat menjadi sempurna. Setiap satu komponen tidak dapat wujud dengan secara sendiri. Begitu juga dengan TLC yg berkonsepkan MLM. Setiap seorang ahli tidak akan boleh berjaya tanpa di dukung oleh ahli yg lain. Leader manakah yg boleh berjaya tanpa memiliki downline ? Dan downline manakah yg boleh berjaya tanpa di bimbing oleh seseorang leader ?


Hakikatnya kita saling memerlukan. Bagi ahli yg inginkan kejayaan secara solo di dalam MLM tanpa mempedulikan nasib ahli yg lain, sebenarnya hanya masa yg akan menentukan tarikh kegagalannya. Di sini saya ingin menyeru ahli-ahli yang memiliki beberapa aset dan kepakaran agar menyumbang kepada kumpulan ini menerusi saya agar kita sama-sama boleh berkembang dan tiada ahli yg tercicir.


Ingat motto TLC ,

One Line , One Team , One Vision

Bagi yg belum mendaftar sila daftar di sini :

http://www.tlcpro.com/gettough


Hubungi saya segera. Terima kasih

Farisz,
017-3498134

17 March, 2010

lagi pics hari keluarga...





email dari raha...latest news of elly....

Melawat Aily tadi, she looks & sounds ok, sebab makan ubat & masih tak rasa sakit lagi kut? Kecederaan yg boleh dikatakan agak parah & akan mengambil masa yg lama utk pulih. Sama-samalah kita berdoa supaya dia cepat sembuh, amiiinnn...

p/s - Subhanallah, abg usop bayangkan Aily ni lelaki, puas membayangkan yang mana satu...perempuan rupanya ek...yang mana satu ek...yang sulong tu ke...mmmm...teruk kan, sedara sendiri pun ada yang dah tak kenal...masyaAllah, lynn kena cepat organise Hari Keluarga untuk KLs KHN members kot..Agreee?....Brrrrrrr........

email dari imi pakman....

Semoga semua selamat hendaknya..(amiin).. Takziah kepada abang pian..

16 March, 2010

BRRRRRRRRRRRRRRRita KHN....

1. Alhamdulillah, isteri Farid, Nureen, telah selamat melahirkan anak perempuan on 16.3.2010 @ 5.30am..kepada abg man or sesapa yang menziarahi farid/nureen, sampaikan salam n Tahniah kami dari KHN pada Farid sekeluarga...semoga mereka n kita semua terus dirahmati Allah swt, insyaAllah

2. Elly, anak Kak Ana n Abg Pian, telah terlibat dalam kemalangan motor terbabas..telah mengalami patah tangan n kecederaan sikit di badan...sekarang berada di HKL, tak dimaklumkan bila kemalangan tu berlaku n kat wad mana elly sekarang berada...walau apa pun, yang penting kita sama2 doakan agar kak ana, abg pian n elly sekeluarga sabar n tabah melalui semua ujian ni n agar elly cepat sembuh, amiin ya robbal a'alamiin....

3.Pakcik Ajis, ayah abg usop, sejak hari Rabu lepas telah diserang masalah tak leh buang air kecil akibat masalah kelenjar prostate yang bengkak due to age factor sehingga terpaksa menggunakan salur getah ( catheter ) untuk buang air kecil...namun alhamdulillah hari ni salur getah dah cabut n pakcik ajis dah leh buang air kecil semula, telah diperiksa oleh pakar dan didapati stable, makan ubat hari2 n akan diperiksa lagi next 3 bulan...sama2lah kita doakan agar pakcik ajis n semua VIPS kita terus sihat walafiat n dapat terus bersama kita semua..amiin-amiin ya robbal a'alamiin....

Sekian dulu brrrrrrrrrrita khn kali ni, any news/infos/iklan2 to be shared into blog ni...emailkan ke keluargahajahnoor@gmail.com....Wassalamualaikum wrt wbth

TQVM

replying to email abg man..

ASSALAMUALAIKUM SEMUA AHLI KHN..
Terlebih dulu thanks to abg man for the email sebelum ni tentang agenda2 KHN tu, and yang abg usop ingat pun lebih kurang sama dengan yang abg man dah sebutkan hari tu..meh kita sama2 rumuskan agenda2 yang telah kita persetujukan hari tu...

- pengeruski KHN maintain pak man
- bendahari KHN maintain mak idah...tapi isu ni, makidah pernah bangkitkan sebelum ni nak lantik fizah pak man to take over n abg usop cadangkan makidah lantik fizah or few others untuk bantu makidah jika mak idah rasa tak larat nak teruskan bendaharian ni sorang2...macamana ek pandangan makidah, fizah n the rest ahli2 KHN ?( sesapa yang nak respon leh emailkan respon tu ke keluargahajahnoor@gmail.com ...insyaAllah nanti abg usop akan siarkan kat main page blog KHN ni....)
- kalau ada apa2 lagi jawatan/jawatankuasa yang dirasa perlu kita sama2 ujudkan untuk kebaikan n kekuatan KHN ni, sila respond semua...insyaAllah kita akan cuba sama2 usaha n ujudkan..YANG PENTINGGGG...KERJASAMAAAA.... BRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR..


- Hari Keluarga KHN...insyaAllah memang telah dipersetujui akan dibuat setiap tahun or paling lama 2 tahun sekali kan..memang betul kata Amat tu, 2 tahun tu macam terlalu lama...takut kemesraan yang telah dipupuk tu pudar nak tunggu 2 tahun ni kan...namun tempat,masa,bajet dan agenda Hari Keluarga tu nak kena bincang betul2 oleh jawatankuasa2 yang nak jalankan Hari Keluarga KHN tu...n seperti cadangan long ani,promosi n infos Hari Keluarga tu kena manthoppppp...sebarkan melalui email,sms dll...YANG PENTINGGGG...KERJASAMAAAA..BRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR..

- Kutipan Bulanan :
- memang telah dipersetujui RM20 bagi setiap keluarga(Vip auto ditanggung oleh anak2)
- bayaran tu kena buat kepada bendahari kita, mak idah, tapi makidah tak declare lagi no akaun mana yang kita nak kena bank in kan duit tu n then nak kena inform makidah lagu mana...mak idah please respongggggg....
- and to mak idah, abg usop cadangkan agar bentangkan perbelanjaan penuh hari keluarga 2010 hari tu agar kita dapat clear picture macamna nak bajet untuk hari keluarga akan datang..

- Jangan lupa eh doakan ahli2 KHN setiap hari dalam doa2 kita heh....

apa lagi ek....tetiba macam tertauhusumbat lak otak...ekekekeke....oh ye...YANG PENTINGGGG...KERJASAMAAAA....BRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR..ok sekian dulu, insyaAllah nanti kita sambung diskusi ni...wassalamualaikum wrt wbth...luv u alls the KHNs semuga Allah swt mengasihi kita semua gak...

09 March, 2010

email dari abg man...

Assalammualaikum semua,
Semuga semua ahli Keluarga Hajahnoor berada didalam keadaan sihat walafiat dan ceria selalu.Masih terbayang-bayang & terdengar-dengar suasana kegembiraan dan keceriaan ahli keluarga kita semasa hari keluarga tempoh hari.Di sini Man nak mencadangkan supaya kalau ada sesiapa yang ada mencatitkan atau teringat Agenda yg kita bincangkan bersama-sama pada hari keluarga tempoh hari supaya dapat di bentangkan didalam Blog keluarga kita ini supaya dapat lah kita bincangkan bersama-sama lagi kerana pada hari keluarga tempoh hari masih ramai lagi ahli keluarga kita yang tak dapat menghadirkan diri dan tak tahu Agenda yang telah kita persetujui bersama-sama.Apabila Agenda itu dah ada bolehlah kita hantarkan kepada ahli keluarga kita yg tak dapat menghadirkan diri tempoh hari melalui E-mail atau SMS (sekarang dah canggih kan)& tenguk f/back drpd mereka.Apa yang Man ingat Agenda Tempoh hari ialah :-
1)Jumlah kutipan bulanan untuk setiap keluarga ialah RM20/Mth
2)Cara kutipan macammana untuk dilaksanakan?Kalau melalui A/C,apa no. A/C. nya
3)Hari keluarga hendak diadakan berapa tahun sekali.Apa yg Man ingat hendak diada kan 2 tahun sekali (kalau silap tlg betulkan ya).
#Man dah tak ingat lagi Agenda lain2 so kalau ada sesiapa yg ada catitkan lebih mudah atau kalau tak ada sesiapa yg mencatitkan,ada sesiapa yg teringat Agenda2 yg telah kita bincangkan bersama-sama bolehlah bentang kan didalam Blog kita ini kemudian kita tenguk F/BACK semua dan apabila telah dipersetujui dan difahami semua maka bolehlah kita laksanakan A.S.A.P.
Sekian.TQ