Jom Klik!

29 April, 2010

komen dari raha....

NJ@goboklama has left a new comment on your post "VIPs KHN yang menyambut hari lahir pada hari ini.....":

Mak Ham muda lagi, patutla nampak muda sokmo.

Anyway, semoga panjang umur & murah rezeki kedua-duanya, begitu juga ahli keluarga yg lainnya, amiiinnnn....

p/s : amiin..

24 April, 2010

VIPs KHN yang menyambut hari lahir pada hari ini...24.04.2010..



(MAK LEHA YG KE-72 & MAK HAM YG KE 52)

SEMOGA MEREKA N KITA SEMUA ALLAH SWT PANJANGKAN UMUR DENGAN KESIHATAN DAN KEBERKATAN DI DUNIA N AKHIRAT...AMIIN YA ROBBALA'LAMIIN

meMAnciNg..! ayAh dpt kEr..?





email AZMAN JA'AFAR (abG.mAN)
j_azman@yahoo.com

19 April, 2010

BUSSINES TERBARU AZMAN JA'AFAR (COWAY)

SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK LIHAT LEBIH JELAS =)








18 April, 2010

Doakan mereka...dan jangan lupa untuk kita semua...

ASSALAMUALAIKUM WRT WBTH KEPADA SEMUA AHLI2 KHN....

INSYAALLAH NURIN FARHAH BINTI PAKTAN N SITI NADZIRAH BINTI ABG NGAI YANG MASIH STUDYING LAGI AKAN MENGAMBIL EXAM FINAL N SEMESTER MEREKA STARTING 16TH APRIL NI, AND JUGAK TO ALL AHLI2 KHN YANG AKAN OR SEDANG SITTING FOR EXAM GAK....MEH SAMA2 KITA DOAKAN AGAR ALLAH SWT BANTU MEREKA DALAM EXAM TERSEBUT N MENDAPAT RESULTS YANG CEMERLANG....AMIIN YA ROBBALA'LAMIIN

BEGITU JUGAK KEPADA ADIK RADHI BIN PAKMAN, YANG BARU KELUAR WAD KERANA DEMAM DENGGI..KITA DOAKAN SEMOGA BELIAU N SEMUA AHLI2 KHN YANG TAK/KURANG SIHAT SEMOGA SEGERA SEMBUH SEPERTI BIASA TANPA SEBARANG MUDHARAT DARI PENYAKIT2 MEREKA...AMIIN YA ROBBALA'LAMIIN

N JANGAN KITA LUPA UNTUK MENDOAKAN SEMUA AHLI2 KHN DALAM SETIAP DOA KITA...TQVM

WASSALAMUALAIKUM WRT WBTH

email dari siti nadzirah binti anuar (abg ngai)..

Assalamu'alaikum...

Salam muhibbah semua. Nk kena perkenalkn diri ni sbb baru tau email keluarga. Ni sy Siti Nadzirah Anuar, cucu mak ngah. Lama tak jumpa dgn famili. Last time pn msa raya thn lps. Apa khabar ya semua? Alhamdulillah dapat jgk info psl famili kt blog keluarga Hajah Noor. Thanks 2 Rahimi (tergerak nak msg dia kt facebook) coz inform psl blog famili ni.

Ziera sebenar-benarnya amat rindukn famili. Ni pn curi masa study nak tulis email nih. Rindu yang amat. Dah terlalu lama tak jumpa n join famili day. Sebak hati sebab terlalu terkilan dengan keadaan famili ziera sendiri yang mungkin makin menjauh dari Keluarga Hajah Noor. Maafkan ziera. Ziera tak tau nak kata apa. Tapi yang penting doa Ziera tak prnah putus untuk keluarga kita.

16hb April 2010, ziera start final exam utk semester 2 nih. Ziera skrg kt UKM, Bangi. Amik course Pendidikan Matematik (minor fizik). Sekarang dah semester 2. Ada lg 3 thn utk tamat ijazah. InsyaALLAH. Doakan kejayaan Ziera ya.

Ya ALLAH,
Aku mohon pada-Mu, jangan Kau jauhi aku dari mereka yang kukenali, yang kusayangi, yang kurindui...
Kerna aku hanya punya mereka sebagai penghibur hatiku kala aku berduka...
Kerna aku akan tersenyum sekiranya mereka turut tersenyum...

Ya Rabb,
Rapatkanlah hubungan yang kian jauh ini dengan kasih sayang-Mu...
Jernihkanlah yang keruh antara kami dengan redha-Mu...
Suburkanlah rasa kasih dan cinta antara kami dengan sifat-Mu Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Murahkanlah rezeki dalam kalangan kami dengan rezeki yang halal tiada yang haram mahupun shubhah dengan sifat pemurah-Mu...
Dan pertemukanlah kami semula di syurga-Mu dengan sifat-Mu Yang Maha Pengampun...

Ya Rahim,
Keluargaku itulah yang Kau jadikan salasilah dari mereka maka wujudnya aku...
Mengalirnya darah mereka dalam tubuhku dengan kekuasaan-Mu...
Jangan Kau letakkan jurang antara kami lantaran kesilapan kami...
Ampuni diriku dan khilafku atas kealpaanku...
Dekatkanlah kami dengan rahmat-Mu...

Ya ALLAH...
Aku bersyukur kerna pada saat ini Kau bukakan pintu hatiku untuk mengembalikan ikatan kekeluargaan ini dalam hidupku...
Setelah sekian lama diri ini menyepi...
Kau hadirkan secebis rasa rindu, kemudian bercambah menjadi rindu yang mendalam di kala ini...
Alhamdulillah...aku bersyukur hanya pada-Mu Yang Maha Pencipta...
Mencipta aku dengan salasilah keluarga Hajah Noor Saat...

Amin...

InsyaALLAH...semoga ikatan ini akan selamanya di bawah payungan rahmat-Nya...

"Yang jauh kita rapatkan....Yang rapat kita dekatkan...Yang dekat kita mesrakan..."

Sekian, wassalam...

p/s : Andai ada trsalah kata, harap dimaafkan...
Maafkan segala khilaf Ziera dan keluarga pada kalian....

17 April, 2010

email dari aji to "tuan tanah"...

gmbr ikhsan dr kamera aji...hehehe... minta kebenaran tuan tanah...sementara tapak tu kosong,aji akan bersihkan n tumpang letak pokok cili ya...jgn takut..aji ada untuk menjaga kwsn,hehehe...

p/s...aji, ramai ahli2 khn yang tak kenal dekat dengan aji ni, please takruf sikit tentang diri aji if boleh beserta gambar agar dapat keluarga lain mengenali lebih rapat lagi dengan aji...silakan heh....

email dari abg man...

Assalammualaikum w.b.t semua ahli keluarga hajahnoor,apa khabar semua?Diharap semuanya sihat walafiat dan sentiasa ceria selalu.Bercakap tentang kesihatan,disini Man ingin mengenalkan beberapa Product untuk kesihatan kita semua iaitu:-
1)COWAY Water Purifier Device (Sesuai untuk kegunaan sekeluarga dan berfungsi sebagai Water Filter / Penapis Air).
2)COWAY Air Purifier System (Penapis Udara dan fungsi nya untuk menapis udara kotor yang kita sedut hari2).
3)COWAY Bidet System (Membersih Najis ditubuh selepas buang air besar dan sesuai untuk Warga Tua dan ahli keluarga kita yang kurang upaya).

COWAY ialah Syarikat dari Korea dan mula bertapak di Malaysia sejak tahun 2006 dan memperkenalkan Product untuk kesihatan.Disini Man lebih untuk menekankan tentang Product Water Purifier atau Water Filter kerana ia berkaitan dengan Air yang kita minum hari2.Kelebihan M/C. ini ialah :-
1)Ia mempunyai 3 Temperature Air iaitu Hot(tak perlu masak air lagi),Normal dan Cold(tak perlu letak air dalam Peti Ais lagi) dan boleh terus di minum.
2)After Sales Service,setiap 2 bulan Technical Person dari COWAY akan datang dan Service Water Filter dan jika perlu tukar Filter,dia akan tukar dan semuanya F.O.C selama 5 tahun jika Skim sewa beli dan 1 Tahun jika Skim Tunai atau 0% Instalment (Kredit Card).Segala kerosakan akan ditanggung oleh Syarikat.
3)Pemasangan akan dilakukan oleh Technical Person & F.O.C
4)Dengan serendah RM210 sahaja kita sudah boleh mendapat dan menggunakan M/C. Water Filter yang Canggih & kesihatan sekeluarga terjamin.
5)Bentuk nya yang menarik,Air terus direct sambung ke Paip(tak perlu beli Air dalam tong biru) dan senang digunakan oleh semua peringkat umur.
6)Untuk maklumat yang lebih lanjut lagi tentang Product COWAY,Kelebihannya & peluang menambahkan Pendapatan,pls Click Attach Files.

Seperti yang kita ketahui,air paip diMalaysia ini sudah tercemar dan kotor.Seperti yang di katakan oleh Usop (Pembantu Kesihatan),Sepatutny SETIAP RUMAH di Malaysia perlukan Penapis Air untuk kesihatan sekeluarga dan melindungi buah pinggang kita.
COWAY membekalkan Product & Service nya untuk seluruh Malaysia dan bersedia di mana2 sahaja termasuk Sabah & Sarawak.
Product COWAY juga sesuai diletakkan di Pejabat,Sekolah,Dewan,tempat kerja dan di mana sahaja so kalau ada keluarga hajahnoor yang rasa Product ini boleh diperkenalkan ditempat kerja atau dimana sahaja dan perlukan Presentation,kami sedia datang ke mana sahaja yg dikehendaki dan Paper Work untuk Proposal juga kami boleh sediakan.
Jikalau semua ahli keluarga hajahnoor dapat memberikan sokongan perniagaan Man ini,insyallah next Gathering/Perjumpaan keluarga hajahnoor,system Audio Video & Karaoke,Man akan sediakan yang lebih canggih lagi dan semuanya F.O.C. 'Apa Yang Penting Kerjasama, Brrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr'
Sampai disini sahaja maklumat Terhad tentang Product Kesihatan ini yang dapat Man kongsikan bersama dan jika ada sesiapa yang inginkan maklumat yang lebih detail atau berminat tentang Product ini dan ingin menambah Pendapatan boleklah menghubungi Man melalui :-
Email : j_azman@yahoo.com
H/P : 012-2643682
Phone Off. / Fax : 03-87236367
Satu lagi maklumat,Main Job Man ialah Perniagaan berkaitan Engineering seperti Wiring,Repair Peralatan Elektrik,Service/Repair Motor Pump dan apa2 sahaja yg berkaitan dgn Engineering Job so kalau ada sesiapa yg memerlukan Perkhidmatan Man,jgn lah malu2 atau segan untuk contact Man sebab kita kan 'Sekeluarga' dan satu lagi,Van Man juga sedia untuk disewakan (Perkhidmatan Sewa Van).

Sekian,Terima Kasih.

p/s...gambar2 produk tu abg usop fail nak uploadkan kat dalam post, sesapa yang berminat,leh bagi email add korang kat dalam chat box tu, insyaAllah nanti abg usop akan forwardkan email abg man berserta gambar2 tu..or kalo ada sesapa yang ada access to khn email n tau cara nak uploadkan gambar2 tu, sila uploadkan...to abg man n other khn members, thousand appology....
Assalamualaikum wrt wbth kepada semua ahli2 keluarga hajah noor...semuga semuanya sihat walafiat n sentiasa dalam rahmat ALLAH SWT...amiin..
Terlebih dulu SELAMAT DATANG kepada semua ahli2 keluarga baru KHN...n ahli keluarga lama yang baru join blog ni pun kita ucapkan SELAMAT DATANG gak....
Lama tak join blog ni, alhamdulillah it is still alive...semuga terus alive n alive...insyaAllah...
lastly,sama2 kita make KHN lively and last forever....insyaAllah...

YANG PENTINGGGGG..KERJASAMAAAAAA...BRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR

wassalamualaikum wrt wbth

15 April, 2010

Rumah yang menjadi sejarah....


Setelah beberapa lama tidak dihuni & reput menunggu masa menyembah bumi, akhirnya ianya berjaya dilenyapkan.... Tak adalah lepas ni Makngah merungut takut rumah ni dihuni 'makhluk' yang tak sepatutnya atau takut ia terbakar disebabkan kayu-kayu reput tu... Lepas ni, apa pula perancangan Mak Rah & keluarga untuk tapak kosong tu ye? Hmmmmmm.........

a) Restoran: Makngah suka sebab boleh dengar kekecohan di sebelah, takdelah dia sunyi sangat katanya. Tapi kena pastikan penyewa tak pasang lagu kuat-kuat, mengganggu ketenteraman awam tu.

b) Rumah sewa: Seronok gak dapat jiran baru tapi kena pastikan latar belakangnya dulu, takut-takut penjenayah yang menyamar sembunyikan sesuatu kat dalam rumah tu.

c) Bangunan kedai: Lot kedai-kedai kecil untuk disewakan, pastikan bukan kedai muzik ye!

d) Bangunan baru yang lebih besar untuk kedai tempah batu nesan kat depan tu? No, komen.... sebab mengingati mati tu wajib kan? Alhamdulillah dengan adanya kedai tu, kami sentiasa bermuhasabah diri, cuba untuk mempertingkatkan amal dan menjauhi kemungkaran, insyaAllah...

Apa-apapun perancangan Mak Rah & keluarga, harapan kami agar ianya membawa kebaikan bersama terutamanya kepada Keluarga Hajah Noor, amiiinnn......




Aji tu posing je lebih tu, hihi....







Haa, kan dah cakap?



Laaa, Akim jambu pun nak posing gak?











Tinggal kenangan.....