Jom Klik!

10 February, 2010

4R


Assalammualaikum.... Terkilan juga Raha tak dapat turut serta dalam perjumpaan hari keluarga di Air Papan nanti. Semoga majlis dapat diteruskan dengan jayanya, Insyaallah...


Raha juga berharap ahli keluarga Hajah Noor akan turut sama bertanggungjawab menjaga alam sekitar pada masa perjumpaan dijalankan kelak. AJK Kebersihan mesti diadakan supaya lebih senang mengurusnya nanti. Almaklumlah, dalam sesuatu majlis, sampah-sarap memang menjadi masalah utama yang kekadang boleh mengganggu perjalanan majlis. Kebanyakan akan berkata, no problem at all lah, sediakan beg plastik sampah bebanyak, sumbat aje dalam plastik tu. Tapi, taukah kalian semua, ada beberapa perkara yang boleh kita praktikkan supaya sedikit sebanyak, kita juga dapat menyumbang kepada alam sekitar yang kita sayang ni? Bagaimana caranya?



1) Asingkan tempat plastik sampah berlabel 'PLASTIK', 'KACA & ALUMINIUM', 'KERTAS', 'SAMPAH' supaya ahli keluarga dapat mengenal pasti barangan yang boleh dikitar semula dan secara tidak langsung dapat menimbulkan kesedaran 4R yang dipraktikkan ramai iaitu 'REDUCE, REUSE, RECYCLE & RETHINK'.

Image taken here


2) Kurangkan penggunaan pinggan mangkuk STYROFOAM yang mengambil masa beratus tahun untuk dilupuskan. Pilihlah pinggan kertas atau pinggan yang boleh digunakan berulang-kali seperti pinggan kaca atau stainless steel. Stainless steel mahal? Tahukah anda bahawa harga sebiji pinggan stainless steel adalah sama harga sebiji pinggan plastik? And it goes a loooong way because you can use it over and over again.










Image taken here and here


Tapi kalau Air Papan Resort yang sediakan makanan minuman, tak dapeklah nolong weh, hihi..



When we heal the earth, we heal ourselves. ~David Orr

No comments: