Jom Klik!

22 February, 2010

email dari makidah on 21.02.2010

Subject: family day

Assalammualaikum wbt ahli keluarga HJN yang dikasihi,
Syukur Alhamdulillah setelah seminggu berlalu hari keluarga nampaknya response dan feedback yang diterima dari semua amat menggembirakan malah keseronokan hari keluarga masih lagi terasa sehingga kini. Masa disuruh berucap tempoh hari mak idah hanya mampu berucap 3 patah perkataan saja maklumlah saya ni pemalu..so hari ini mak idah ingin nak bersembang sikit.
Sebenarnya jumlah ahli yang hadir adalah 76 orang hampir separuh jumlah ahli yang sebenar, walaupun separuh, keseronokan dan keceriaan tetap dirasai. Diharap dimasa akan datang semua ahli dapat hadir bagi memeriahkan lagi hari keluarga kita ya..Selepas ini mak idah serahkan kepada generasi ke 3 seperti ani,usop, lin dll untuk menganjurkan hari keluarga seterusnya I know u all can do it yang penting kerjasama brr..brr ....
So mak idah ucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama dan sokongan dalam bentuk kewangan, dan tenaga bagi menjayakan hari keluarga di air papan. Until we meet again take care..mak idah dan VIP lain love u all !!

No comments: